28 February 2022

AL-FATIHAH - BAPA SHEERA ISKANDAR DIJEMPUT ILAHI



"Innalillahiwainailaihirojiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu'anhu. Ayahanda Sheera telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga roh Ayahandaku mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh serta di masukkan ke dalam syurga Allah SWT.


"Aamiin Ya Robbal Alamin itulaa tulis Aziz," itulah tulis pelakon Sheera Iskandar yang memaklumkan khabar duka dimana bapanya, Tengku Iskandar Putra Tengku Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang Isnin di Pasir Mas, Kelantan.

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memaklumkan bapanya yang berusia 75 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua. Bagaimanapun, dia masih belum mendapatkan maklumat terperinci kerana kini sedang berada di Melaka.

Klik untuk gambar besar



"Saya mendapat berita daripada adik-beradik yang berada di sana. Bapa saya meninggal akibat sakit tua selepas beberapa minggu tidak boleh bergerak. Sebelum itu dia sihat seperti biasa. Saya sendiri belum buat keputusan untuk pulang ke sana kerana dimaklumkan kawasan sekitar dilanda banjir," katanya.

Allahyarham juga merupakan bekas suami kepada pelakon Aznah Hamid. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1981 namun bercerai pada 1986.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: