"Bilion tag kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis. Saya berkelas dunia, kau sekolah tak?? Gthhh Puiii," itulah kata pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi perkongsian di Twitter.
Azwan mendedahkan ramai pihak mahu dirinya menjadi salah seorang juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini.
Bagaimanapun, Azwan berkata dia menolak sekerasnya jika sekiranya ditawarkan untuk menggalas tugas sebagai juri program berkenaan. Ini kerana Azwan beranggapan dirinya mempunyai kelas yang tersendiri dan hanya menerima tawaran program yang berkualiti.
Sejak Isnin lalu, hangat diperkatakan mengenai program berkenaan oleh netizen di media sosial apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment