09 February 2022

TAMPIL BERHIJAB - NELYDIA SENROSE KINI SUDAH BERHIJRAH?



Cerita mengenai Nelydia Senrose sudah lama kita tidak dengar, malah pelakon itu pun jarang muncul dalam drama mahupun filem. Umum mengetahui, Nelydia baru sahaja mengerjakan ibadah umrah pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun, baru-baru ini penampilan Nelydia menjadi perhatian ramai.

Menjengah di laman Instagram peminatnya, banyak gambar-gambar Nelydia berhijab. Malah, akaun @nelydiasenrose.fans turut memuat naik beberapa keping gambar dan video Nelydia berhijab sejak Januari lalu.

Rata-rata peminatnya senang melihat penampilan Nelydia serta memuji adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu kelihatan manis jelita apabila berhijab. Malah, ramai peminat mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, ada juga yang mengatakan mungkin Nelydia bertudung kerana balik ke Kelantan. Setakat ini masih tiada pengesahan daripada Nelydia berkenaan perkara itu.

Hasil tinjauan di Instagram Nelydia, mendapati kali terakhir pelakon itu memuat naik posting adalah pada 31 Disember 2021 ketika berada di Mekah.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: