08 February 2022

WANITA BERTUDUNG HITAM KETIKA KERETA 'TERJUN' PARIT - ISTERI SHUK TANYA SIAPA DIA?



Video kereta yang didakwa milik pelawak Shuk Sahar terbabas ke dalam parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam petang semalam, hangat diperkatakan sejak pagi tadi.

Meskipun sedang diuji, Shuk dilihat tenang dan masih mampu ketawa. Bagaimanapun setakat ini masih tiada pengesahan daripada Shuk mengenai perkara itu.

Namun, video tular di TikTok itu turut mendapat perhatian isteri Shuk, Rossa Serra yang berkongsikan semula di Insta Story berserta komen daripada netizen mengenai insiden tersebut.

Klik untuk gambar besar



Malah, Serra atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, turut menyertakan beberapa hashtag #hidup3lapis #kanaknumburr #penangankurusi3lapis dengan emoji ketawa.

Dalam pada itu, Serra turut bertanyakan di Insta Story siapa wanita yang dilihat memakai tudung hitam di belakang pelawak tersebut serta mengesyaki itu adalah wanita 'misteri' dalam video tular bersama dengan suaminya baru-baru ini.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: