08 February 2022

"KITA AKAN BERUSAHA JAGA & SAYANGI SETH SAMPAI BILA-BILA" - SHILA AMZAH UMUM SAH BERCERAI



"Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi seth sampai bila2 ❤️. Terima kasih pada semua yang mendoakan 🤍," tulis penyanyi Shila Amzah yang memaklumkan rumah tangganya bersama suaminya, Haris Idraki Elias telah sampai ke titik noktah apabila mereka sah bercerai, selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung.

Kata Shila, dia dan bekas suami akan berusaha untuk menjaga serta menyayangi anak tunggal mereka Seth sampai bila-bila. Perkara itu dikongsikan oleh Shila menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Shila apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perpisahan.

Klik untuk gambar besar



"Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk cerai dan berpisah. Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah," katanya.

Pada Disember tahun lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perceraian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: