27 February 2022

BADAN KIRI JADI LEMAH AKIBAT DARAH BEKU - KELUARGA HARAP HAERIEYANTO PULIH, TIDAK PERLU DIBEDAH



"Kami tidak dapat ziarah di hospital kerana peraturan sangat ketat disebabkan peningkatan kes harian C0V1D. Jadi hanya bertanya khabar melalui kakak sahaja. Semoga abang ipar saya akan kembali sihat dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. Itu yang kami sekeluarga harapkan.


"Syukur ramai yang mendoakan Haeriyanto kerana dia seorang yang sangat baik. Disebabkan ada darah beku di kepala, ia menyebabkan bahagian kiri badannnya menjadi lemah. Bagaimanapun berita gembira yang boleh saya kongsi sekarang adalah keadaannya semakin baik.

"Kami cuma mengharapkan keajaiban berlaku," demikianlah kata penyanyi Oja yang memberitahu dia dan keluarga berharap kesihatan pelakon Haerieyanto Haasan semakin pulih dan tidak perlu menjalani pembedahan.

Klik untuk gambar besar



Keadaan Haeriyanto yang dimasukkan ke Hospital Ampang pada Jumaat akibat darah beku di kepala kini semakin stabil. Bagaimanapun, adik iparnya, Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 40, memberitahu pelakon itu masih lagi dalam pemantauan doktor.

Pada Sabtu, Oja berkongsi tentang pelakon drama 'Kampung People' itu dikejarkan ke hospital selepas keadaannya kesihatannya merosot dan sukar bergerak.

Menurutnya pembedahan segera tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah yang tinggi. Untuk makluman, Haeriyanto berkahwin dengan kakak Oja iaitu Afrinas Donny pada 2008 dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: