27 February 2022

BANYAK KALI DIJODOHKAN DENGAN PELBAGAI LELAKI - ERRA TAK KISAH GOSIP KAHWIN VVIP



"Saya masih ibu tunggal yang kini membesarkan seorang anak perempuan. Tanggungjawab cukup besar kerana saya mahu mendidik Engku Aleesya Engku Emran menjadi anak yang sempurna dan diberikan memberi bekalan secukupnya menghadapi masa depan.


"Sehingga saat ditemubual ini, saya masih menggalas gelaran ibu tunggal. Sebagai selebriti, saya anggap apa yang berlaku adalah asam garam dalam kehidupan.

"Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni, saya sudah banyak kali dijodohkan dengan pelbagai jenis lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila dakwaan ini timbul," itulah ujar pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 48, yang sudah terlalu kerap 'dijodohkan' dengan lelaki pelbagai usia dan status sejak bergelar 'janda hot' lapan tahun lalu.

Namun, satu demi satu gosip yang menerpa hidupnya hilang dibawa angin lalu apabila Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek menafikan kebenarannya.

Klik untuk gambar besar



Meskipun sudah penat menafikan ataupun melafazkan janji tidak berahsia jika kembali bergelar isteri, namun, dakwaan berkahwin secara rahsia dengan lelaki berstatus kenamaan terus bertiup kencang.

Erra bagaimanpun sekali lagi menegaskan, beritanya berkahwin dengan seorang VVIP berstatus menteri tidak benar sama sekali. Hingga saat ini, statusnya masih single.

Mengulas kenapa bila sebut nama Erra Fazira, pasti dikaitkan dengan golongan VVIP, bintang filem 'Sembilu' dan 'Soal Hati' itu berkata, sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan lelaki muda, tetapi ada juga mempersoalkan hubungan mereka.


"Apabila didakwa mempunyai hubungan lelaki berpangkat, tetap juga menjadi bahan perdebatan. Pada usia sekarang sekiranya bertemu jodoh, saya hanya mengikut aturan yang ditetapkan Allah. Tiada lagi ciri-ciri lelaki idaman seperti sebelum ini. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa," katanya.

Dijolok tuduhan mendapatkan nasihat pelakon dan produser, Datuk Ziela Jalil sebagai rujukan untuk hidup bermadu, Erra yang pernah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga itu hanya ketawa.

"Saya sudah agak pasti ramai yang ingat saya adalah artis dimaksudkan (ketawa). Saya ada membaca cerita ini, tak dinafikan ramai juga bertanya. Namun, bukan saya artis yang mendapat nasihat Ziela pasal hidup bermadu ini. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengan Ziela," tuturnya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan kononnya bernikah dengan Erra pada Oktober, tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: