27 February 2022

IBU BAPA EZZATY ABDULLAH & AARON AZIZ DISAHKAN POSITIF C0V1D



Nampaknya kali ini, ibu bapa kepada pelakon Ezzaty Abdullah dan juga aktor berasal dari Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz pula yang disahkan positif C0V1D.


Ezzaty, 32, meluahkan rasa terkilan dan rasa bersalah apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain bagi menjalani kuarantin selepas dijangkiti wabak tersebut. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan virus berkenaan menjangkiti.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu kini dalam tempoh berpantang di rumah orang tuanya yang terletak di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu.

"Ini rumah mereka, tetapi mereka pula yang terpaksa keluar disebabkan tidak mahu memberi kesan jangkitan kepada saya dan bayi yang baru lahir. Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan.

Klik untuk gambar besar



"Saya pun tidak boleh balik ke rumah saya kerana sedang dalam proses renovasi dan tidak sesuai untuk tinggal dengan keadaan sedang berpantang," kata Ezzaty.

Menurut Ezzaty lagi, dia berasa sedih kerana tidak boleh membantu ibu bapanya mengemas barang-barang keperluan sebelum mereka berpindah buat sementara di rumah arwah neneknya di Ampang, Kuala Lumpur.

"Saya melihat mereka bersusah-payah mengemas kain baju dan angkat barang masuk kereta namun tidak dapat menolong. Itu yang membuatkan saya rasa sedih dan bersalah.



"Kemudian ibu bapa saya terpaksa mengemas rumah arwah nenek itu kerana tempat tersebut tidak dihuni selepas nenek meninggal dunia. Sekurang-kurangnya mereka berdua di sana bebas dalam satu rumah. Adik-beradik lain juga boleh bantu menghantar keperluan makanan untuk mereka," ujarnya.

Pada malam Sabtu, Ezzaty berkongsi video di media sosial menunjukkan ibu bapanya mengangkat barang sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Menerusi video tersebut kelihatan anak pertama mereka iaitu Harum Dalia, 5, menangis kerana tidak dapat berpelukan dengan datuk dan neneknya.

Ezzaty juga bimbang jika keadaan yang berlaku ini boleh mengganggu emosi dirinya yang sedang berpantang: "Emosi wanita yang baru lepas melahirkan anak memang tidak stabil. Saya rasa sedih dan tertekan. Apa lagi memikirkan keadaan anak pertama dan bayi yang baru lahir. Saya hanya mampu bertenang, amalkan zikir dan selawat supaya tidak menggangu emosi diri sendiri," jelasnya.



Sementara itu, Aaron Aziz, 46, memaklumkan dia yang disahkan positif selepas menjalani ujian pada tengah hari tadi itu kini menjalani kuarantin di rumah. Aaron berkongsi, dirinya kemungkinan besar dijangkiti daripada set penggambaran namun keadaannya buat masa sekarang masih baik-baik saja.

"Selain memang sudah sakit akibat penyakit saraf yang saya alami, kini dijangkiti C0V1D pula. Saya cuma kuarantin di rumah dan apa-apapun, Allah tahu yang terbaik," kata pelakon yang popular dengan gelaran Malik dalam filem 'KL Gangster' itu.

Dalam pada itu, Aaron juga berharap orang tersayang termasuk keluarga dan pembantunya dilindungi serta dijauhkan daripada virus bahaya ini: "Keputusan ujian saringan anggota keluarga saya masih belum diketahui. Kena tunggu esok baru mereka lakukan ujian itu," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: