18 February 2022

BALU ARWAH ABAM TUNAI HAJAT SEDEKAH BUAH DI SURAU SELEPAS MENANG SAMAN



"Terima kasih yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini kita di kedai buah. Nak beli buah dan kita nak bersedekah untuk orang masjid. Kita bersedekah di surau... kita hantar. Alhamdulillah, lepas hajat.


"Terima kasih yang mendoakan Dayah dari A to Z," demikian tulis balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menerusi perkongsian di Instastory dimana dia menunaikan hajatnya untuk bersedekah di surau, selepas menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Dalam entri itu, Hidayah atau mesra disapa sebagai Dayah membeli buah-buahan untuk disedekahkan di Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara.

Hidayah turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kes itu dipermudahkan. Menerusi video tersebut juga, mata Hidayah kelihatan merah dan masih bergenang air mata kegembiraan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: