18 February 2022

"SAYA TAK PERNAH PAKSA TUKAR PENAMPILAN..." - JAWAB YONNYBOI BILA ISTERI KINI 'FREEHAIR'



"Dia kalau berjalan dengan saya, ada kalanya dia nak melawa. Sebelum ini, dia memang tak bertudung dan setakat ini, dah setahun dia pakai tudung," itulah kata penyanyi Yonnyboii mengenai penampilan isterinya, Nik Nazira Narriman yang kini dilihat sudah tidak memakai tudung, selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.


Menurut Yonny, isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya. Kata Yoony lagi, dia sudah berbincang dengan Nazira mengenai kecaman netizen. Ujarnya lagi, dia tidak pernah memaksa isterinya untuk bertudung.

"Saya dah bincang dengan dia mengenai kecaman. Dia cakap, mungkin untuk letakkan (gambar) di Instagram, belum masanya. Saya dan dia masih muda lagi. Di media sosial, memang dia bertudung.

Klik untuk gambar besar



"Kalau di luar, ada masanya dia bertudung dan tidak. Saya memang tak pernah paksa dia untuk tukar penampilan atau apa, sebab saya pun begini (imej). Jadi, saya okay," ujarnya yang bdipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Untuk makluman, Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: