18 February 2022

DIDAKWA HARI INI - USTAZ EBIT LEW BERDEPAN 11 PERTUDUHAN TERMASUK GANGGUAN SEKSUAL



Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang difahamkan kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal itu telah dihadapkan ke mahkamah di Tenom hari ini, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.


Memetik laporan Harian Metro, pendakwah berusia 37 tahun itu tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, siasatan terhadap pendakwah itu dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Malah, Ebit Lew telah pun dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkannya pada 19 Ogos lalu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: