18 February 2022

KALAH SAMAN, DIPERINTAH BAYAR RM60,000 - ALI MAHU RAYU BATAL KEMENANGAN BALU ARWAH ABAM



"Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku @hidayah_hamzah syukur pada Allah.. terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah, Anakku Hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yg mendoakan kami sekeluarga.. Aamin2.... #sujudsyukurpadamuyaallah #allahbersamakita #alhamdulillah #allahmendengardoa2kit," tulis balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menerusi laman Instagram.


Selepas hampir dua tahun, akhirnya Hidayah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh. Memetik laporan mStar, keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pagi tadi.

Berikutan itu, Ali diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000. Peguam yang mewakili Hidayah berkata, hakim telah menolak tuntutan dibuat keluarga Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 dengan kos.

Klik untuk gambar besar



"Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami. Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya," katanya.

Bagaimanapun, Hidayah terpaksa kembali ke mahkamah lagi apabila Ali bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu. Menurut Ali, dia mahu berbuat demikian apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

Ditanya mengenai keyakinannya untuk mencabar keputusan itu di peringkat lebih tinggi, Ali berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada, malah dia akur dengan keputusan mahkamah hari ini.



"Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi. Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan.

"Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti. Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk... saya hormati keputusan mahkamah," ujarnya.

Dalam pada itu, Ali berkata dia sudah menjangkakan serta bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah itu: "Saya dah bersedia... menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen. Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti," jelasnya lagi.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: