17 February 2022

LUQMAN POSITIF C0V1D - BERSYUKUR AHLI KELUARGA TIDAK DIJANGKITI



"Saya mula sakit tekak pada Isnin lalu. Bila dah ada simptom, saya terus beritahu keluarga. Malam Isnin, saya buat saliva test, memang positif. Untuk lebih kepastian, keesokkan hari saya buat RTK test di klinik dan keputusan positif. Hari Selasa dan Rabu saya alami demam yang sangat teruk.


"Dua hari demam itu, saya hanya terlantar saja dalam bilik. Memang tak larat nak bangun. Alhamdulillah, sekarang dah okay," demikianlah kata penyanyi Luqman Faiz yang memaklumkan dia disahkan positif C0V1D selepas dua kali melakukan ujian calitan, selepas mula berasa sakit tekak pada Isnin.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz berkata dia mengalami demam yang teruk selama dua hari. Penyanyi berusia 22 tahun ini bersyukur keadaan dirinya semakin baik pada hari ketiga dijangkiti virus tersebut.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, penyanyi lagi 'Kepuraanmu' itu berkongsi keadaan dirinya yang menjalani kuarantin hari kedua menerusi laman Instastory miliknya. Dalam pada itu, Luqman melahirkan rasa syukur apabila semua ahli keluarganya termasuklah ibu bapa tidak dijangkiti C0V1D.

"Alhamdulillah, ibu bapa dan dua adik-beradik saya tidak dijangkiti virus tersebut. Ikutkan saya paling risau ibu saya. Sebab saya selalu luangkan masa dengan dia. Alhamdulillah, keputusan ujian calitan keluarga saya semuanya negatif. Saya kuarantin seorang dalam bilik. Ikut status MySej@hter@, saya kuarantin tujuh hari. Tak pernah saya duduk dalam bilik lama macam ini," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: