17 February 2022

ADA PIHAK 'SPONSOR' TUNAI UMRAH - AHLI KUMPULAN FLOOR 88 TERKEJUT, TOLAK 'JOB'



Bagai mendapat durian runtuh... itulah situasi yang boleh digambarkan apabila impian anggota kumpulan Floor 88 untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama akhirnya tercapai.


Bakal ke Tanah Suci, Makkah tidak lama lagi, vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham berkata, dia dan lima ahli lain iaitu Eric, Achoi, Akram, Falique dan Amirul Affeq menggigil apabila dimaklumkan tentang perkara itu.

Tambah penyanyi berusia 24 tahun itu, mereka sanggup menolak semua tawaran nyanyian dan persembahan demi menunaikan ibadah umrah tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Ini kali pertama kami dapat tawaran untuk pergi menunaikan umrah. Masa dapat tu, memang menggigil la... bukan menggigil sebab tak bersedia. Tapi sebab terkejut bila ada pihak nak taja kami untuk tunai umrah.

"Ikutkan memang dah lama ada niat nak tunai umrah tapi tak pernah dapat rezeki nak pergi. Bila kenal dengan pihak penganjur yang nak bekerjasama untuk konsert, mereka juga nak taja pergi umrah. Bila semua dah confirm, kami terus lock jadual. Kami tolak banyak job untuk pergi sana," kata Ayie mewakili ahli kumpulannya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: