"Alhamdulillah. Anniversary gift came early 😍. Thank you Sayang. Semoga Allah swt merahmati ikatan kita sampai syurga ❤ @jepsepahtu 🤲," tulis pelakon Sari Yanti apabila menerima hadiah jam tangan baru-baru ini daripada suami tercinta, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, sempena ulang tahun perkahwinan yang genap lima tahun pada 25 Februari ini.
Menurut Sari, hadiah diterimanya itu lebih awal dari tarikh sepatutnya serta mengucapkan terima kasih di atas hadiah istimewa itu. Lebih menjadi perhatian, Sari turut memuat naik gambar menerima hadiah seutas jam tangan mewah dari jenama Franck Muller.
Perkongsian Sari itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta ramai mendoakan agar perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Klik untuk gambar besar
Namun, diruangan komen ada beberapa netizen melakukan carian harga jam tangan berkenaan serta mendedahkan ianya berharga ratusan ribu ringgit.
Untuk makluman, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sari juga mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
________________________
No comments:
Post a Comment