17 February 2022

KELUAR BERSAMA - ANAK SHUIB SERASI DENGAN WAN SHARMILA, RAMAI KATA WAJAH SEIRAS



Sebelum ini, nama pelakon Wan Sharmila 'dipetik' kononnya merupakan individu yang memeluk anak perempuan kepada pelawak Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahrah atau Dekta dalam rakaman video baru-baru ini.


Terkini, menerusi perkongsian video di laman Instagram Allahyarham Siti Sarah, Wan Sharmila atau mesra disapa Lala bertentang mata dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu di sebuah pusat membeli belah.

"Seharian dengan Aunty Lala (Wan Sharmila) Thank you for today. Dekta (Talita) happy sangat. Pergi makan-makan, Aunty Lala belikan buku, Dekta pula bagi hadiah loveta. Terima kasih luangkan masa dengan Dekta. Jumpa lagi," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Klik untuk gambar besar



Rakaman video itu menerima lebih 120,000 tanda suka dan hampir 1,500 komen daripada pengikut. Rata-ratanya mengakui turut sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini. Malah ada yang berpendapat wajah Talita seiras dengan pelakon wanita itu.

"Kenapa aku tengook video ni berlinang air mata. Baik dan cantik sangat Wan Sharmila." - "Nampak serasi. Muka mereka ada persamaan tapi jodoh pertemuan itu di tangan Allah." - "Manjanya Dekta dengan Aunty Lala. Bolehlah lepas ni jadikan tempat bermanja," komen netizen.

Pada Khamis lalu, Wan Sharmila menafikan dia merupakan individu dalam video yang dilihat memeluk Talita. Talita dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan. Namun sehingga kini masih belum diketahui siapakah wanita sebalik rakaman video tular itu.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: