18 February 2022

TERPAKSA JUAL RUMAH WALAU BERAT HATI - SHUK AKUI SUDAH HAMPIR 5 BULAN TIADA 'JOB'



Semua sedia maklum mengenai pelawak Shuk Sahar yang sebelum ini memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan, selain perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Beberapa hari lalu, Shuk memberitahu rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam itu sudah ada pembeli dan sudah pun membayar wang pendahuluan.

Terbaru, menerusi sesi live TikTok, Shuk mengakui masih sayang akan rumahya itu namun disebabkan sudah hampir 5 bulan tiada tawaran bekerja untuk membayar RM4,000 setiap bulan untuk rumah berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Ketika sesi live itu, pelawak berusia 36 tahun itu turut berkongsi cerita diawal pembelian rumah tersebut dari tapak rumah sehingga ianya dibangunkan.

Shuk turut memberitahu dia juga pernah disaman disebabkan menambah ruangan lain di rumahnya serta terkenang momen dimana dia menjalani kuarantin di rumah berkenaan sedangkan masih belum didiami lagi.

Dalam pada itu, Shuk berkata dia mempunyai masa beberapa hari lagi untuk setuju menjual rumah berkenaan atau mungkin ada yang berminat untuk menyewa rumahnya itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: