18 February 2022

USTAZ EBIT LEW YAKIN TAK BERSALAH, ADA PIHAK RANCANG KENAKAN DIRINYA



"Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya. Saya baru tahu beberapa hari lalu ketika membuat kerja amal di Sabah, agak terkejut juga. Saya bukannya datang ke Sabah untuk hal itu (didakwa di mahkamah).


"Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah," ujar pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menyifatkan tuduhan itu merupakan dakwaan tidak berasas yang dirancang oleh pihak tertentu untuk menghentikan usahanya melakukan aktiviti kebajikan.

Ebit Lew yang dihadapkan ke mahkamah hari ini di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual itu berkata, dia mengetahui hal tersebut beberapa hari lalu sebelum diminta tampil ke mahkamah pada hari ini dan yakin bahawa dirinya tidak bersalah.

Semua pertuduhan itu adalah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: