21 February 2022

BEKAS ISTERI DA'I FARHAN TAK LAGI BERTUDUNG?



Nama bekas isteri pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, nampaknya kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik foto berada di Tawau, Sabah yang memaparkan dirinya tidak lagi bertudung.


Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya itu serta mahukan kepastian mengapa dia tidak lagi bertudung.

Erin menerusi ruangan komen berkata dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Ujarnya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam seperti menunaikan solat.

Biarpun ramai mengecam 'wanita yang ke-19' itu, namun ada segelintir netizen memberikan kata-kata semangat buat Erin serta berharap dia akan bertudung semula.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: