Semua sedia maklum, pelakon, penyanyi dan pengacara Zulin Aziz, 33, telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Farhan Norzaini, 35, dalam majlis akad nikah yang berlangsung pagi semalam di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Selepas akad nikah, Zulin dan suami pula telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang bertemakan 'Ballroom penuh magis' dimana ia dihadiri keluarga kedua-dua mempelai, sahabat handai serta jemputan media.
Zulin ketika ditemui berkata, dia dan suami merancang untuk berangkat menunaikan ibadah umrah pada Ramadan akan datang.
"Kebetulan, saya ada mendapat jemputan untuk menunaikan umrah sekali lagi, jadi ini akan mengimbau kenangan ketika saya dilamar di sana. Insya-Allah, kami akan berangkat pada bulan Ramadan nanti," katanya.
Farhan pula menganggap ini sebagai satu hadiah bersempena perkahwinan mereka: "Ini umpama satu hadiah untuk bulan madu kami," ujarnya yang berkenalan dengan Zulin sejak dua tahun lalu dan menjadi rakan kongsi perniagaan.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment