21 February 2022

NOURUL DEPP PULA POSITIF C0V1D SELEPAS SUAMI SEMBUH



"Jangan pisahkan.... aku dan diaaaaaaa ðŸĪŠ. Ambik giliran namanya. Asalkan jangan anak anak. Anak anak semua negative. Alhamdulillah. Kami punn negative pcr test dan juga antigen. Cuma kemarin demam sungguh. Pagi ni antigen positive. So precautions: kuarantin," itulah kata penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia, Nourul Depp, 44, memaklumkan selepas suaminya, Eric Depp bebas C0V1D, dia pula yang dijangkiti virus tersebut.


Nourul berkata dia kini sudah pun mengasingkan diri dan sedang menjalani tempoh kuarantin di kediaman mereka di sana. Bagaimanapun menurut Nourul dia tidak mengalami gejala yang teruk, hanya demam dan suhu badan meningkat 38 darjah selsius pada Sabtu lalu.

Tambah Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab lagi, dia bersyukur kerana tiga anaknya tidak dijangkiti virus tersebut selepas melakukan ujian kendiri.

Klik untuk gambar besar



"Hujan dari 4am. Lebat sungguh. Semoga membersih alam semesta ini sebersihnya dari wabak yang tiada penghujung ini. Memang kami letih pun. Handle anak anak seminggu lalu. Kami dah 11 tahun tak demam: KISAH BENAR. last demam 2012. Dan demam yang kami rasa kemarin dah pernah kami rasa 24 tahun yang lalu.

"Sampai masuk hospital pantai. Doktor bagi IV antibiotic namanya CYPROBAY. Ingat sampai la ni. 3 hari dengan antibiotic tu. Semua doktor tau la antibiotic ni. Mahai gila! So viral fever atau demam virus ni memang sakit badan. Kemarin kami rasa sakit hanya 30-40% dari sakit 24 tahun lepas yang kami dah kena.



"So, kalau kata virus ni hanya la ni ja, kami tak percaya. Dah wujud lama dah aih. Cuma la ni dihebohkan dengan secara meluas. Virus infection kalau kuat memang bawak mati kalau imun kita tak kuat atau kita dah ada organ yang dah tak kuat. So, Allah nak bagi pengajaran lagi kat kami nak suruh kahi dan alami. Masa akan datang, boleh bantu orang lain pulak. InsyaAllah.

"Ada ja sebabnya. Alhamdulillah kami alami sekarang. Semoga imuniti badan lebih kuat. SPO : 99 - Temperature: 37.4 (low grade fever). InsyaAllah will be fine. Terima kasih yang mendoakan 🙏ðŸŧ❤️.

"Yang baru tested positive: Be strong together. Kita dipilih untuk menjadi lebih kuat. MasyaAllah tabarakallah. We are special! 😅 #test #lifetest #bepositive #inmind #mentalawareness," tulis Nourul lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: