"Such a liar! I asked my son semasa reception wedding di Ombak Asmara tu jika tak salah dinner for about 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan? I can bring my saksi-saksi ketika itu dan beberapa yang lain yang ikut sama to help me arrange this ceremony and paid them my self!
"I am sure i still can find the cheque bud itu. I dont fitnah this stupid person with her innocent face trying to accused me. Please bring out that pathetic looking bulu mata palsu la Shikin jika nak cakap pun sampai tak boleh nak angat biji mata itu nak buat muka sedeh mcm tu! Such lakonan drama dia ini.
"Mesti owner of Ombak Asmara Restaurant in Ampang itu pun tahu. Termasuk saksi-saksi tetamu yang datang malam itu yang tahu saya uruskan itu semua," tegas cef selebriti, Datuk Chef Wan yang tampil membidas semula kenyataan bekas menantunya, Shikin Maembong dimana dia mendakwa perkahwinan mereka menggunakan sepenuhnya duit simpanan dan hasil perniagaan sendiri.
Jelas Chef Wan, kenyataan yang dimuatnaik oleh Shikin dalam bentuk video di Instagram itu tidak tepat dan berani mengemukakan bukti bahawa setiap perbelanjaan perkahwinan anaknya, Cef Riz dan Shikin ditaja olehnya.
Dalam pada itu, Chef Wan mendedahkan semula kisah sebenar situasi kewangan anaknya yang tidak mempunyai belanja yang mencukupi untuk perkahwinan bersama Shikin beberapa tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
"Sorry my son did not have the money to marry u at the time ( I asked him kau nak kahwin dengan b*titania cukup duit tak? Dia jawab 'No Pa', so I decided to help and arranged everything termasuk juga his first marriage saya taja 100%.
"Instead I choose to help them both get married secepat mungkin after saya dengar macam-macam cerita di belakang saya. Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kawin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon difitnah?
"Hello ini CW la... Satu dunia tahu my generosity and kindness. Kita miskin juga asal dari sampah sarap tapi mak bapak kita tidak ajar kita kurang ajar dengan orang tua apa lagi to bite the hand that once feed you and your family.
"It's a disguting, shameful and embarrassing behaviour! I will proof apa yang dicanangkan satu dunia ini kononnya fitnah kita tengok siapa yg bakar siapa nanti!" katanya.
Nasihat Chef Wan lagi agar Shikin berpijak pada bumi nyata dan tidak membebankan anaknya dengan meminta nafkah demi menghantar cucunya ke sekolah swasta.
"Janganlah gila nak hantar anak tu pergi international school konon jika my son cannot afford the expensive tuition fee sampai ugut nak duit anak nafkah yang banyak and use that as one of the reason my son was not allowed to see my grand daughter? Sedar la dari awal itu asal usul dari mana?
"Just because you are married to someone berada now. Wow anak nak pi international school then biar la bapa tiri tu yang bayar fee jika nak sangat? Bersepah anak orang pergi sekolah biasa tak ada masalah pun. Please don't use money as revenge. It really show the ugly side of u now. Berani kerana benar!" tambah Chef Wan lagi.
Sebelum ini, Shikin tampil menjawab tuduhan yang mendakwa perkahwinannya bersama Cef Riz menggunakan duit bapa mentuanya. Menafikan dakwaan terbabit, kata Shikin perkahwinannya bersama Cef Riz sebelum ini menggunakan duit mereka sendiri.
"Ramai yang kecam saya. Saya bukan sejenis suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi di Instagram. Tetapi memandangkan keadaan memaksa saya kerana ramai yang datang komen yang bukan-bukan fasal saya.
"Masa saya kahwin dengan bekas suami saya, duit perkahwinan kami adalah 100 peratus duit sendiri. Sebab ketika itu kami buat perniagaan sendiri, kumpul dan kahwin duit sendiri. Tak ada satu sen pun duit daripada bapa mentua saya. Jadi, apa yang dikongsikan itu fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment