21 February 2022

POSITIF C0V1D - ACHEY DIJANGKITI V@R1@N 0M1CR0N



"Kesihatan saya mula merosot dua hari lalu yang mana demam mencapai sehingga 39.8 celsius hingga urat-urat di muka mula tarik dan menegang. Saya sudah melakukan ujian saliva sebanyak tiga kali dan hasil negatif manakala, dua lagi ujian calitan menerusi hidung juga negatif.


"Apabila kesemua hasil ujian negatif, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan. Mereka mengambil darah dan belum dapat mengesahkan apa-apa kerana sudah jam 2 pagi ketika itu. Mereka mengambil darah kerana berpendapat saya mungkin dijangkiti denggi atau virus dalam darah.

"Akhirnya, keputusan ujian PCR mengesahkan saya positif C0V1D V@R1@N 0M1CR0N," itulah jelas pelawak dan pelakon Achey yang mengesahkan dirinya positif C0V1D dan dijangkiti V@R1@N 0M1CR0N selepas melakukan ujian PCR dan kini menjalani kuarantin kendiri sehingga 25 Februari ini.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memaklumkan kesihatannya merosot sejak dua hari lalu dan mula melakukan ujian saringan kesihatan (RTK). Achey turut meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan isteri, Nur Hasanah Yahaya dan anak perempuannya, Tiara Zinnirah. Menurut Achey, kiraan 'CT Value' yang rendah boleh menjangkiti isteri dan anaknya.

Klik untuk gambar besar



Menurut kajian, gejala dialami penghidap V@R1@N 0M1CR0N lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta. Malah, V@R1@N 0M1CR0N virus C0V1D tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti V@R1@N Delt@. Achey yang kini menjalani kuarantin di rumah turut terpaksa membatalkan dua komitmen kerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

"Buat masa ini saya hanya boleh tawakal dan berserah kepada Allah SWT agar isteri dan anak saya terus sihat walafiat. Antara langkah yang diambil ialah amalkan makan vitamin dan makanan tambahan. Mujur rumah ini mempunyai bahagian khas untuk tetamu dan saya menjalani kuarantin di bilik ini.

"Doktor juga maklumkan agar saya mula kuarantin hari ini sehingga Jumaat depan. Apabila dah positif C0V1D macam ini, saya terpaksa batalkan dua komitmen kerja berkenaan. Ikutkan itu saja rezeki untuk bulan ini, tapi saya percaya rezeki Allah SWT akan datang dari arah lain pula," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: