21 February 2022

SELEPAS BEBERAPA KALI TERTANGGUH - AYU DAMIT AKHIRNYA DAPAT KE TANAH SUCI TUNAI UMRAH



"Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya sekali lagi dijemput untuk tunaikan umrah bersama rakan-rakan. Selepas beberapa kali hajat ke sana tertunda, saya anggap ini adalah rezeki walaupun tanpa ditemani suami.


"Bagi saya, saham akhirat lebih utama, apatah lagi beberapa kali hasrat ini (umrah) terpaksa ditunda. Apabila diberitahu sudah dapat tarikh tetap daripada pihak agensi, saya amat teruja.

"Saya pun sudah menjalani ujian saringan C0V1D dan keputusannya negatif. Sekali lagi, inilah namanya rezeki. Saya pun memang dah lama pasang niat dan tak mungkin menolaknya," kata penyanyi Ayu Damit, 33, apabila dia kini dapat juga ke Tanah Suci Makkah buat kali kedua, selepas beberapa kali hasratnya mahu menunaikan umrah tertangguh akibat pandemik C0V1D.

Ayu berkata, kehadirannya ke Tanah Suci sekarang adalah rezeki dari Yang Maha Esa tatkala dunia masih lagi berdepan pandemik C0V1D. Ayu berangkat ke Makkah malam semalam dan dijangka berada di sana selama 10 hari mulai hari ini.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ayu, walaupun tarikh umrah bertembung dengan beberapa tawaran persembahan nyanyiannya, namun dia menolak secara baik kepada penganjur.

"Walaupun terpaksa menolak tawaran persembahan kerana umrah ini, tapi apabila pulang nanti saya dah ada beberapa tawaran undangan lain yang menanti.

"Inilah rezeki saya dan aturan Allah itu sudah sedia cantik. Sekarang, peluang saya tumpukan perhatian kepada ibadah dan saya akan doakan yang baik-baik buat kita semua, insyaAllah," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: