21 February 2022

"MADE IN JANDA BAIK LA NI?" - FIZO OMAR TERUJA ISTERI KINI HAMIL



Spekulasi Fizo Omar bakal timang anak kedua akhirnya terjawab apabila isterinya, Fazeera Nazri berkongsikan berita gembira itu di Instagram miliknya semalam.


Menerusi video dimuat naik, Fazeera membuat kejutan buat suaminya dengan memberi alat ujian kehamilan pada bulan pertama perkahwinan mereka.

"Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar dia buat saya apabila beritahu hamil. Alhamdulillah, ini hadiah paling bermakna buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar," tulisnya.

Dalam video tersebut, Fizo dilihat terkejut sebaik sahaja menerima alat ujian tersebut serta bertanyakan kepada isterinya untuk memastikan perkara itu.

Klik untuk gambar besar



"Maksudnya you hamil? Serius? Saya cintakan awak. Biar betul sayang? So made in Janda Baik la ni? Yes saya happy sangat," kata Fizo.

Perkongsian Fazeera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta mendoakan agar proses kehamilan dipermudahkan.

Untuk makluman, Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: