20 February 2022

BALU ARWAH ABAM: "DAH TERJAWAB... SAYA TIDAK GILA HARTA & TIDAK FITNAH SESIAPA"



"Alhamdulillah semua dah terjawab. Terima kasih Tuan Hakim bersihkan nama saya. Saya tak gila harta dan tak fitnah sesiapa. Allah bersama orang yang benar-benar belaka, doa-doa orang yang teraniaya Allah makbulkan. #abgggsayangmenang #berkatdoasemuaorang #berkatdoaanakyatim," tulis balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menerusi Instagram Story miliknya.


Hidayah meluahkan rasa syukur akhirnya kebenaran terjawab dan namanya sudah bersih apabila menang kes saman fitnah selepas dua tahun naik turun mahkamah.

Adik kepada arwah Abam iaitu Ali Puteh yang kalah saman itu diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya. Dalam pada itu, Hidayah berkata Allah akan sentiasa bersama orang yang benar serta membantu manusia yang teraniaya.

Klik untuk gambar besar



Selepas kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan berkata pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

Hakim Zulqarnain berkata pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif mengajak Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: