20 February 2022

IBU POSITIF C0V1D, ANAK PULA JATUH SAKIT - IKA NABELLA AKUI SEDIH NAMUN SABAR DENGAN UJIAN



"Petang ni dapat khabar, ibu saya diuji dengan jangkitan C0V1D. Subhanallah tiada lain doa buat Mak tercinta yang jauh di Penang... Rasa lemah tiba-tiba anak sakit…mak positif…tapi sentiasa percaya pada rezeki Allah akan bagi nikmat bersabar dengan ujian- selalu pujuk hati... "Ada rezeki besar nak datang insya-Allah.


"Bayangkan anak saya admitted, anak orang kuat saya the most trusted person in my company pun demam sampai suhu badannya naik 40 darjah," demikian kata pelakon Ika Nabella yang akui lemah apabila mendapat tahu dua orang yang paling disayangi iaitu ibu dan anaknya jatuh sakit dalam masa yang sama.

Ika dikejutkan dengan berita ibunya yang kini disahkan positif C0V1D selain anaknya juga kini yang ditahan di hospital kerana masalah kesihatan. Pun begitu, Ika tetap percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Klik untuk gambar besar

Pun begitu, Ika yang berkongsi berita duka itu di akaun Instagram miliknya itu tetap bersyukur kerana ibunya kini masih berada dalam keadaan yang baik dan tidak menunjukkan sebarang simptom yang serius.

"Harini Mak saya pula positif tapi saya bertuah mak saya berada dalam keadaan sihat. Cuma risau Ayah juga memang paling risau. Doakan Allah permudahkan semuanya untuk keluarga saya please," pintanya.

Untuk makluman, Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang. Pasangan ini menimang cahaya mata lelaki Muhammad Noah Zayn yang berusia 3 tahun. 





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: