20 February 2022

"MISKIN SANGAT KE NAK SAYA SAMAN RM1 JUTA? - CHEF WAN TERKILAN DENGAN BEKAS MENANTU, SHIKIN MAEMBONG



"Bekas isteri anak saya, Shikin Maembong melalui peguamnya telah menghantar surat saman malu kononnya beberapa bulan lalu saya menegurnya dan anak saya, Nadzri bergaduh tentang anak. Hal bapa atau ibu adalah sama ke atas anak itu.


"Kerana mahu membalas dendam sebab tidak berpuas hati tentang urusan nafkah anak, dia (Shikin) menggunakan cara itu (saman)," itulah tulis chef selebriti terkenal, Chef Wan yang meluahkan rasa terkilan selepas menerima surat tuntutan saman daripada bekas menantunya, Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail berkata surat tuntutan saman itu telah dihantar melalui peguam bekas menantunya untuk menuntut saman malu berpunca daripada teguran terbukanya mengenai perbalahan Shikin dengan bekas suami, Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali Chef Riz berhubung soal anak.

Ujar cef selebriti berusia 65 tahun itu, dia penat untuk melayan 'drama' yang terjadi kerana kedua-duanya sudah dewasa dan boleh berfikir. Pada masa sama, Chef Wan turut terkilan atas tindakan saman yang dikenakan ke atasnya kerana dia telah banyak membantu wanita itu ketika dalam kesusahan.

Klik untuk gambar besar



"Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua, salah ke jika saya memberikan nasihat? Sebagai orang tua, saya memberikan nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama menjaga anak," kata Chef Wan.

Dedah Chef Wan lagi, sudah hampir setahun Nadzri tidak berjumpa dengan anaknya kerana dihalang oleh bekas isterinya. Dalam hantaran itu juga, Chef Wan enggan untuk melayan tuntutan bekas menantunya itu kerana letih untuk membuang masa.

"Masing-masing dan tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua. Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus? Anak saya dah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (bekas isteri) cukuplah.



"Jika dia (Nadzri) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan biarkan. Itu adalah anaknya. Saya tidak ada masa. Letih saya melayan kisan anak-anak ini semua. Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta?" luah Chef Wan.

Untuk makluman, Nadzri, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau sebenarnya Siti Nur' Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.

Nadzri yang baru sahaja berkahwin buat kali ketiga pada Januari lalu sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia untuk perkahwinan pertama. Mereka bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: