20 February 2022

"SAYA MASIH HIDUP LAGI" - SHAH ISKANDAR NAFI DAKWAAN BERITA SUDAH MENINGGAL DUNIA



Baru-baru ini telah tersebarnya sebuah video di aplikasi TikTok dimana ia mendakwa pelakon Shah Iskandar sudah meninggal dunia. Gara-gara berita palsu tersebut, Shah, 40, yang terkejut itu berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.


"Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan. Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

"Saya pun tak pasti cerita sebenar... apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi," ujar pelakon Shah Iskandar yang menafikan dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Jangan Ganggu Jodohku' ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

Klik untuk gambar besar



"Kepada yang cuba buat video viral saya meninggal kerana kemalangan kereta atau motor, tak apa saya maafkan. Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu... tergosok-gosok mata tau.

"Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja. Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu," katanya.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu apabila menerima kiriman mesej pengikutnya di Instagram sejak beberapa hari lalu.


"Saya dapat tahu mengenai perkara itu dari Instagram sejak beberapa hari lalu. Mungkin mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu memiliki nama sama seperti saya.

"Dalam khabar angin yang disebarkan itu, individu tidak bertanggungjawab berkenaan mendakwa saya meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan antaranya lori dengan motosikal," jelas Shah yang kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu lakonannya, 'Hati Yang Dikhianati'.

Berdasarkan carian di Internet, berita kemalangan maut membabitkan individu bernama Shah Iskandar itu berlaku pada November tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: