20 February 2022

SEKALI LAFAZ - ZULIN AZIZ SELAMAT BERGELAR ISTERI



Alhamdulillah... dengan sekali lafaz, akhirnya pelakon dan penyanyi Zulin Aziz, 33, telah pun selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, 35, pada jam 9.20 pagi tadi dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Negara.


Pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis tersebut, Zulin menerima wang hantaran RM30,000. Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Selepas berdepan pahit getir dalam mencari cinta sejati, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berharap kehidupan bersama suaminya akan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar



"Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

"Namun, sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan ditempuhi. Di alam realiti, saya melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

"Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi selepas hujan," katanya.

Pasangan itu bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam malam ini. Terdahulu, Zulin selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Januari lalu.
































         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: