20 February 2022

TOMOK DISAHKAN POSITIF C0V1D - BERSYUKUR ISTERI & ANAK-ANAK NEGATIF



Menerusi laman Instagram, penyanyi dan pelakon Tomok telah memaklumkan dia telah disahkan positif C0V1D dengan berkongsi paparan kit ujian C0V1D kendiri miliknya.


"Benda paling nak elak sekarang kena pada saya. InsyaAllah semoga baik saja. Yang penting, anak dan isteri negatif. Alhamdulillah," tulisnya.

Tomok yang juga vokalis kumpulan New Boyz berkata, perkara yang ingin dielakkannya selama ini akhirnya terkena juga. Penyanyi berusia 37 tahun itu kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif C0V1D.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, kit ujian C0V1D kendiri itu dilakukan Tomok bersama isteri, Rahayu Abas serta anak mereka pada hari ini dan keputusan sedih berpihak buatnya apabila positif C0V1D.

Pada perkongsian dibuat itu, ramai rakan selebriti dan pengikut Tomok di media sosial mendoakan keselamatannya agar segera sembuh dan pulih. Malah, Tomok juga mengucapkan terima kasih pada semua.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: