21 February 2022

LEPAS ISU MENYUSU - KAK KM DIKECAM LAGI, 'MENONGGENG' DEPAN KAWAN SUAMI PULA



Video menyusukan anak di sebuah restoran belum lagi reda, namun kini timbul pula video TikTok yang dimuat naik usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM sehingga ia mengundang kecaman ramai.


Video tersebut menyaksikan Kak KM melakukan 'drop challenge' dimana dia dilihat mencangkung di hadapan rakan-rakan suaminya. Video dikongsikannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Ini kerana kata netizen, tindakan anak kepada anak dramatis terkenal, Normah Damanhuri itu agak melampau dan seolah tidak menjaga batas sebagai seorang wanita.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan suami Kak KM yang didakwa tiada perasan melihat isterinya berbuat demikian di hadapan lelaki lain.

Dalam pada itu, ada yang memberikan komen nasihat serta mendoakan agar usahawan itu diberikan hidayah. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.

"Suami tak rasa apa ke." - "Kawan-kawan suami pun tengokkan je..Allah. No komen lebih takut." - "Macam Syial je." - "Kesian kak KM ni." - "Semoga diberi hidayah." - "Semoga kakak sekeluarga diberi hidayah," antara komen-komen netizen.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: