08 February 2022

BEKAS PENGASUH AAFIYAH, DAYAH ZUBIT SELAMAT BERSALIN SELEPAS SEMINGGU JATUH MOTOSIKAL



Selepas seminggu mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki ketika sedang sarat hamil akibat terjatuh dari motosikal, bekas pengasuh anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nurhidah Zubit atau lebih dikenali dengan Dayah telah pun selamat melahirkan anak sulungnya tepat jam 2.41 pagi semalam.

Dayah yang berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram itu meluahkan rasa syukur dan memngucapkan terima kasih kepada suaminya yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II), Ridzuan Razali.

"Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah dan rezeki yang kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi (semalam).

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih my love for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pula yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yang abang lakukan," katanya yang turut memuat naik fotonya di atas katil hospital bersama suaminya di sisi.

Untuk makluman, Dayah pernah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi 'Aku Cinta Pada Mu' itu bayi lagi dan menamatkan tugasnya selepas berkahwin. Wanita berusia 26 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: