08 February 2022

POSITIF C0V1D KATEGORI 4A - UNCLE KENTANG MOHON DOA



Menerusi laman sosial Facebook pada Isnin, aktivis, Kuan Chee Heng, 57, atau lebih dikenali 'Uncle Kentang' berkongsi berita duka dimana dirinya telah disahkan positif C0V1D.

"Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A positif C0V1D, bubuh oksigen," tulisnya.

Selain itu, Uncle Kentang turut memaklumkan dia kini berada di Hospital Serdang dan telefon bimbitnya akan dimatikan selama tujuh hari. Mengemaskini status kesihatannya, Uncle Kentang memberitahu dia mengalami keletihan berikutan jadual kerja yang padat.

"Maaf. Telefon saya akan tutup untuk tujuh hari, positif C0V1D tahap empat. Sekarang di Hospital Serdang. Pejabat akan ditutup selama empat hari bermula hari ini.

Klik untuk gambar besar



"Talian hotline akan ditutup kecuali perkhidmatan ambulans. Kami juga akan tingkatkan ambulans untuk pesakit C0V1D sebanya dua buah kerana ramai dijangkiti C0V1D," katanya lagi.

Dalam pada itu, Uncle Kentang sempat mengingatkan orang ramai untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa memakai pelitup muka.

Sebelum itu, sebaik sahaja mengetahui dirinya dijangkiti virus C0V1D Uncle Kentang meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai hospital swasta yang menjalankan pemeriksaan pengesahan C0V1D.

"Looking for hospital. Any private hospital can admit C0V1D patient? Please help. My number 016-2683999," tulisnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: