08 February 2022

VIDEO LIRIK LAGU BAHARU DIPADAM PIHAK TAK BERTANGGUNGJAWAB - AISHAH SEDIH, TERKILAN



"Mungkin bukan satu isu besar untuk segelintir orang tapi saya sangat sedih. Ketentuan Takdir yang kita lancarkan seminggu lalu dan baru saja keluarkan video lirik karaoke belum secara rasmi. Jadi kita minta tukar jangan tulis official video, sebab ia lirik saja. Tapi ada seseorang telah memadam keseluruhan video yang sudah cecah lebih 6,000 ribu tontonan.

"Saya tahu kalau nak bandingkan dengan budak baharu, 6,000 tontonan bukan sesuatu yang besar. Tapi berbeza untuk orang macam saya, bekerja keras untuk promosi lagu itu," demikianlah kata penyanyi Datuk Aishah yang meluahkan rasa sedih dan geram apabila video muzik (MV) lirik lagu 'Ketentuan Takdir' versi karaoke dipadam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Biarpun MV tersebut baharu mencecah lebih 6,000 tontonan namun ia merupakan kerja keras Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin dalam promosikan lagu terbaharunya itu. Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu berkongsi perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Peminat serta rakan selebriti simpati dengan Aishah dan mengajak orang ramai menyokong penyanyi itu dengan menonton semula video tersebut. Sementara itu, bertambah menyedihkan apabila individu tersebut meletakkan video orang lain selepas memadam MV lagu tersebut.

Biarpun terkilan dengan apa yang berlaku, Aishah memohon agar semua peminat dan pengikut di laman sosial menonton semula MV yang baharu: "Sekarang kita kena mulakan semula. Yang best itu, dia dah padam video saya, kemudian dia letak video orang lain

"Saya tak terkata... saya hanya minta peminat dan pengikut, tolong support artis lama. Kami cuba sedaya upaya untuk bersaing tapi ada orang buat macam ini. Saya hanya minta peminat, tolong view balik lagu saya itu. Saya tak mahu bersedih tapi saya sedih sebab dah bekerja keras," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: