08 February 2022

BILA AC MIZAL PULA BERSUARA ISU AMBIL PESERTA TIDAK SESUAI



"Bagilah betul-betul peluang kepada yang boleh menyanyi. Kenapa sekarang nak sangat jadi viral dengan perkara negatif hmmm MALU WOO! Betul betul merosakan industri. We are killing our own industri will this stupidity. U belanja berjuta untuk satu show dan yang orang ingat adalah penyanyi sumbang! Fuhhh tak fikir ROI ke?

"Rosak branding! Yang nyanyi sumbang pun sedar tak awak dijadikan bahan lawak? Keturunan u tak malu ke?" ujar pengacara dan pelakon Dato' AC Mizal yang tampil bersuara mengenai isu hangat diperkatakan berhubung satu program nyanyian yang mencetuskan kontroversi apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.

Susulan itu, rata-rata netizen melemparkan komen negatif menyifatkan program tersebut hanya sekadar mahu mengejar rating sahaja. Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara dan pelakon Dato’ AC Mizal tampil bersuara mengenai kontroversi tersebut.

Klik untuk gambar besar



Katanya lagi, adalah lebih baik jika beri peluang kepada mereka yang boleh menyanyi. AC Mizal turut mempersoalkan mengapa mahu viral dengan perkara negatif dan tindakan itu boleh membunuh industri hiburan.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, AC Mizal turut menegur pihak produksi yang sudah belanja berjuta ringgit untuk program berkenaan tetapi penyanyi sumbang yang lebih diingati oleh penonton.

Perkongsian AC itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pengacara itu kerana tindakan mengejar rating itu boleh menjatuhkan industri seni.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: