26 February 2022

BERCUTI BERSAMA KELUARGA - ALMY NADIA DIPUJI SEMPOI PAKAI T-SHIRT & SELIPAR



Pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia baru-baru ini telah pergi bercuti bersama anak-anak mereka ke Taman Tema Air Sunway Lagoon.


Fizz dan Almy menerusi laman Instagram masing-masing memuat naik video percutian mereka sekeluarga. Bagaimanapun, rata-rata netizen lebih tertumpu kepada penampilan Almy yang dikatakan cukup santai dan bersahaja.

Menerusi video tersebut, Almy dilihat mengenakan t-shirt putih, berseluar palazo dan memakai selipar sambil menolak stroller bayi.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pasangan itu menjalani kehidupan dengan penuh sederhana dan merendah diri walaupun bergelar Datuk dan Datin.

Malah, ada yang mengagumi kesetiaan Fiz Fairuz yang menerima isterinya seadanya serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk makluman, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 6, Nurr Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 4. Almy baru sahaja menimang cahaya mata keempat pada Disember lalu yang diberi nama Afrina Aisyah.

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: