26 February 2022

SELAMAT BERSALIN 9 FEBRUARI LALU - BALKISYH SEMUNDUR KHAN TIMANG ANAK KETIGA, 'BABY BOY'



Pada 9 Februari lalu, pelakon Balkisyh Semundur Khan telah pun selamat melahirkan anak ketiganya. Berita kelahiran tersebut dikongsikan Balkisyh menerusi akaun Instagram miliknya.


"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah say telah selamat melahirkan baby boy pada tarikh 09/02/2022, jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung," coretnya.

Dalam satu hantaran lain, Balkisyh mendedahkan wajah penuh anak ketiganya itu yang diberi nama 'Muhammad Nor Qaiyfaal Khan': "Assalamualaikum semua... Nama saya Muhammad Nor Qaiyfaal Khan," tulisnya ringkas.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian tersebut mendapat perhatian wargamaya dimana rata-ratanya memuji kecomelan Qaiyfaal dan melabelkan bayi lelaki itu sebagai kacak.

Untuk makluman, Balkisyh mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nazri pada 26 Disember 2020. Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2017 bagaimanapun bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan terdahulu, Balkisyh dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: