22 February 2022

BERSALIN TARIKH CANTIK 22.2.22 - KAKA AZRAFF SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI



Pada pukul 12.05 tengah malam Isnin, penyanyi Kaka Azraff telah selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.


Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, berkongsi berita gembira itu di media sosial dengan meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan lancar.

"Syukur kepada Allah, I'm officially a mother of two. Terima kasih kerana memberi sokongan yang terbaik, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa sepanjang tempoh ini. Saya tidak tahu apa jadi tanpa awak. Saya sayangkan awak, Daddy kepada dua anak," katanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, suaminya Adam Adzriff turut memaklumkan Kaka dan bayi berada dalam keadaan baik: "Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Bayi lelaki kami sihat dan kuat," ujarnya.

Untuk makluman, Kaka dan Adam Adzriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aslan yang kini berusia 3 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: