22 February 2022

"SAYA BUKANNYA TIADA OTAK" - JAWAB KAK KM ISU SUSUKAN ANAK & 'MENONGGENG'



Usahawan kosmetik kontroversi Liana Rosli atau Kak KM baru-baru ini telah dikecam teruk dan dianggap tidak menjaga adab sebagai wanita Muslim, selepas memuat naik video sedang menyusukan anak depan orang awam dan juga aksi dirinya melakukan 'drop challenge' dimana dia dilihat mencangkung di hadapan rakan-rakan suaminya.


Menjelaskan perkara yang berlaku, Kak KM berkata, dia menyusukan anak bukan di hadapan orang ramai, malah menerusi video yang dikongsi itu tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.

"Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas?

"Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab," itulah jawab usahawan kosmetik kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM apabila dikecam dan dianggap tidak menjaga adab sebagai wanita Muslim.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, berhubung dirinya menari tarian yang dikatakan tidak senonoh, Kak KM berkata, kesemua lelaki itu terdiri dalam kalangan ahli keluarga.

"Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial. Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh," jelasnya.

Sering menerima kecaman atas setiap tindakannya, Kak KM bagaimanapun tidak ambil peduli kerana baginya itu adalah salah satu strategi pemasaran dalam perniagaan. Bagaimanapun, Kak KM juga meminta netizen tidak bercakap buruk tentang ibu dan ahli keluarganya yang lain.



"Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kecaman. Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran. Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan 'sentuh' ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya marah," ujarnya lagi.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.

Kak KM dan suami, Razman Ramli turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, dan Rania Razman, 12.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: