Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah.
Jika sebelum ini, Aliff dikecam kerana seolah mengeruhkan keadaan selepas menemu bual Nor Hidayah, namun kini netizen berterima kasih kepada usahawan itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan jika bukan kerana temubual Aliff, pasti ramai tidak tahu tentang nasib balu arwah Abam itu.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Hakim Zulqarnain Hassan berkata pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.
Pada Jumaat lalu, pelawak Ali Puteh yang diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya itu bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.
________________________

No comments:
Post a Comment