22 February 2022

ANAK KELIMA JAMAL ABDILLAH SELAMAT DILAHIRKAN



Penyanyi Datuk Jamal Abdillah hari ini telah menyambut kelahiran cahaya mata kelimanya pada jam 2.27 petang selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani di sebuah pusat perubatan di Sahah Alam.


Jamal menerusi mesej kiriman WhatsApp memaklumkan, isteri baik-baik sahaja dan anak lelakinya ini dalam keadaan sihat apabila dilahirkan dengan berat 2.84 kilogram, lebar 52 sentimeter dan lilitan kepala 33 sentimeter.

"Kami semua dah bersedia dari awal. Nampaknya, bayi pun tiada cacat apa-apa dan dalam keadaan sihat. Begitu juga isteri baik-baik saja. Syukur, Alhamdulillah. Kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa, saya dan isteri mengucapkan terima kasih," katanya.

Sebelum ini, Jamal berkata isterinya sepatutnya bersalin pada 28 Februari, namun dipercepatkan kepada hari ini kerana tarikhnya yang cantik.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Iskandar Rayyan Yamani merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup Jamal dengan isterinya yang mendirikan rumah tangga pada 6 April 2017. Ini merupakan perkahwinan keempat buat Jamal.

Anak pertamanya dengan Zai iaitu Nur Azura Yamani, kini berusia tiga tahun, lahir pada 10.10.2019. Manakala anak kedua, El Isaac Yamani atau Zack, 2, pula lahir pada 11.11.2020.

Jamal turut memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: