05 February 2022

BILA SITI NURHALIZA MUNCUL DALAM SEPAHTU REUNION LIVE, DIPUJI PANDAI BERLAKON



"Semalam (kelmarin) di @sepahtureunionliveofficial, 5 persalinan baju, macam nak buat konsert dah, bergegas ke belakang pentas, salin baju, tukar tudung. Nasib baik sempat, tak senget tudung hihhihi..

"Suka-suka saja, saya taklah pandai berlakon. Terima kasih Jep, Pak Ya, Rahim dan seluruh team yang membantu. @jepsepahtu @rahimr2 @sepahtureunionliveofficial

"Terima kasih @mekkembangcotton sediakan 2 persalinan baju kurung saya, sehari je siap tempahan dan @epie_temerloh untuk solekan malam tadi (kelmarin)," tulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila dia menjadi tetamu undangan dalam Sepahtu Reunion Live.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran berkenaan yang dikongsikan menerusi laman Instagram, Siti mengatakan dia tidaklah pandai berlakon dan pembabitan itu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Baru-baru ini, kemunculan Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti itu dalam program tersebut telah menjadi perhatian ramai. Namun, siapa sangka Siti pandai berlakon. Rata-rata netizen memuji Siti yang membawakan watak sebagai kakak kepada Jep Sepahtu dan penampilannya turut dipuji cantik manis bertudung bawal dan sopan santun.

Rata-rata netizen tidak menyangka Siti yang selalu berada di pentas untuk menghiburkan peminat ada sisi kelakarnya. Turut menyanyi dalam program tersebut, vokal Siti masih hebat dan berbisa.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: