05 February 2022

WAJAH TERKINI FATHIA LATIFF TARIK PERHATIAN, NETIZEN LUAH PELIK



Pelakon Fathia Latiff yang kini kembali aktif dalam dunia lakonan apabila bergandingan dengan Kamal Adli dalam sebuah filem, selepas sekian lama menyepi.

Namun begitu, Fathia menerusi laman Instagram aru-baru ini ada memuat naik gambarnya. Foto tersebut menjadi perhatian ramai apabila ada netizen mengatakan pelik melihat raut wajah pelakon itu yang agak lain dari sebelum ini.

Mungkin cara foto diambil atau pengcahayaan membuatkan raut wajah Fathia berbeza dari sebelum ini. Meskipun wajahnya nampak sedikit kelainan namun Fathia masih kekal cantik.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, rata-rata netizen menyapa 'ood mornind' kepada Fathia, namun ada seorang netizen bertanyakan adakah hanya dia seorang sahaja yang melihat perbezaan pada wajah pelakon itu.

Februari tahun lalu, perkongsian Fathia menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan suntikan filler di wajah. Melihat pada video tersebut, Fathia sedang melakukan rawatan bahagian dagu dengan teknik dicucuk mengunakan gel ke dalam kulit rahang.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: