05 February 2022

KAHWIN SETAHUN AZLEE KHAIRI DIPERSOAL - INDIVIDU DEDAH PELAKON ITU TIPU TARIKH NIKAH?



"Hebat sangat statement korang ar.. Dah kahwin setahun yang lalu konon.. setahun yang lalu ko masih isteri adik aku.. bulan Disember 2021 yang lepas baru cerai la bodoh.. boleh ke daftar nikah lain?" itulah tulis seorang individu di Facebook yang menggunakan nama HasnyAnn Jr Liun, dipercayai bekas kakak ipar Nurul Hidayah mendakwa tarikh nikah yang diberikan pelakon Azlee Kahiri tidak masuk akal kerana Hidayah baru bercerai pada Disember 2021.

Baru-baru ini, Azlee mengesahkan sudah pun berkahwin kali kedua secara rahsia dengan Nurul Hidayah yang juga seorang kru penerbangan pada Januari tahun lalu. Kisah perkahwinan rahsia Azlee 'terbongkar' apabila pelakon itu memuat naik video sambutan hari lahir anaknya, Muhammad Putera Ardanee kini berusia lima bulan di media sosial, beberapa hari lalu.

Menurut Azlee dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya itu bagi menghormati permintaan isteri tersayang dan keluarga masing masing. Tambah Azlee, ini merupakan perkahwinan kedua buat isterinya juga yang turut memiliki seorang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, pengguna Facebook itu turut melampirkan keratan sijil kelahiran Muhammad Putera Ardanee apabila 'dicabar' Nurul Hidayah. Diruangan komen, Hidayah memberikan jawapan Muhammad Putera Ardanee merupakan anak Azlee Khairi apabila ditanya bayi itu sebenarnya anak siapa.

Kata salah seorang netizen, jika benar tarikh nikah dan tarikh cerai yang diberikan, bermakna Azlee Khairi telah bermadu selama hampir setahun dengan Muhammad Farish Morish.

Terdahulu, Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei dikenali Dayang Norlelawati Puteh pada 2014 namun jodoh mereka tidak panjang apabila pelakon itu mendakwa sudah bercerai dan dia akhirnya balik ke Malaysia pada November 2019.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: