Menerusi laman Instagram, cef selebriti popular iaitu Chef Wan baru-baru ini telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap tak bertanggungjawab pemandu peribadinya sepanjang dia bercuti di luar negara apabila banyak pokok kesayangan miliknya menjadi kering akibat tidak disiram oleh pemandu peribadinya itu sedangkan sudah menambah elaun RM500 untuk melakukan tugas menyiram pokok bunganya.
Katanya lagi, sepanjang lebih sebulan dia berada di luar negara, pemandu peribadi itu tiada tugas untuk menghantar sesiapa namun gagal melakukan tugas diberikan. Chef Wan kemudian memberitahu, dia telah memecat pemandunya itu selepas dia akhirnya mengaku tidak bekerja beberapa hari atas alasan mengambil vaksin penggalak dan bermacam lagi.
"Harapkan driver siram pokok habis mati pokok-pokok ini. 42 hari tak bawa kereta majikan, dia pergi cuti ambil MC pun saya tak tahu. MC pun tak kasi. Saya tanya kenapa botak pokok-pokok bunga kertas semua? Dia jawab ‘angin hujan lebat Tok. Bohong punya bohong, saya tengok CCTV nampak semuanya.
"Akhirnya dia mengkau konon cuti sakit ambil booster dan maca-macam, berhari-hari tak kerja," kata Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, 64, yang turut memuat naik gambar pokok kesayangannya yang dilihat kering kerana tidak disiram berhari lamanya.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment