05 February 2022

SHARIFAH SAKINAH DEDAH SUDAH BERKAHWIN DENGAN JEJAKA SWEDEN



"Disebabkan ramai bertanya, ya kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak umumkan perkahwinan kami adalah kerana isu peribadi dan membabitkan agama. Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okay.

"Terima kasih semua," demikianlah akui pelakon Sharifah Sakinah apabila mendedahkan bahawa dia telah pun berkahwin buat kali kedua dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen, sekaligus menjawab spekulasi status hubungan mereka.

Menerusi perkongsian di laman Instagram semalam, Sakinah berkata dia terpaksa merahsiakan mengenai perkahwinannya itu atas beberapa faktor peribadi. Bagaimanapun, menerusi pengumuman itu, Sakinah tidak berkongsi lebih lanjut termasuk mengenai tarikh sebenar perkahwinannya itu.

Klik untuk gambar besar



Pada 5 Mac tahun lalu, Sakinah memaklumkan sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020. Malah, Sakinah juga memberitahu bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael.

Untuk makluman, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha kini berusia lima tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: