04 February 2022

KESAN AKIBAT C0V1D - MARIA TUNKU SABRI AKUI SERING LETIH, SEMPUT & LUPA



Kini pulih daripada C0V1D selepas dijangkiti virus berkenaan Oktober tahun lalu, pengacara popular iaitu Maria Tunku Sabri menyedari banyak perubahan pada dirinya apabila sering letih, semput serta mudah lupa, selain kehilangan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

"Bercerita mengenai kesan akibat C0V1D, banyak perubahan yang saya rasakan pada diri contohnya mudah penat dan semput. Walaupun mempunyai pembantu rumah, saya lebih selesa melakukan kerja rumah sendiri.

"Kesan selepas dijangkiti C0V1D itu benar-benar terasa. Jika dulu saya boleh mencuci dan mengemas rumah tiga tingkat, kini saya perlu berehat seketika kerana terlalu letih.

"Selain itu, saya juga mudah lupa. Itu yang menyebabkan saya jarang memuat naik video memasak kerana banyak tergendala. Kadang-kadang saya sudah membuka peti sejuk, namun terlupa apa barang yang ingin saya ambil tadi," jelas yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, masalah asma yang dialaminya dulu turut kembali selepas pulih C0V1D. Maria berkata, hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) turut mendapati masih berbaki kesan akibat virus C0V1D.

"Baru-baru ini saya menjalani ujian kesihatan di IJN dan membuat pemeriksaan untuk mengkaji tahap kesihatan. Masih ada sedikit titik-titik pada bahagian paru-paru dan mereka menyarankan saya untuk melakukan latihan pernafasan.

"Jadi, saya melakukan senaman pernafasan itu sebanyak 10 set setiap hari. Alhamdulillah, selera dan deria rasa juga sudah kembali secara perlahan-lahan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: