04 February 2022

AISHAH PUNYAI SEBAB BUKA CERITA PERCERAIAN: "SAKITNYA MASIH TERASA, WALAUPUN I NAMPAK OK"



"Aduuuh sakitnya masih terasa, walaupun I nampak ok dan tersenyum. I cuba elak di interview hanya untuk bercerita tentang hal itu. Dan I menjawap dan mengakui yang I sudahpun diceraikan. I terpaksa jawap dan jelaskan kedudukan I. Ini penting untuk mengelakkan fitnah.

"Jadi jangan ada pihak yang tuduh-tuduh sembarangan mengatakan I saja bercerita. Bila wartawan lain call untuk interview tentang hal itu I katakan tak ada komen apa-apa lagi. Cukuplah public tahu kami dah bercerai. Kenapa, bila, mengapa dan lain-lain tak perlulah diceritakan.

"Berilah kami ruang untuk teruskan fasa hidup ini dengan tenang. Yang dah lepas tu biarkanlah ia berlalu. Terima kasih teman-teman, family dan peminat yang mendoakan I dan anak-anak," tulis penyanyi Datuk Aishah menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengakui tidak berniat untuk menghebohkan berita perceraiannya sehingga dicari ramai wartawan untuk bertanya lanjut mengenainya.

Klik untuk gambar besar



Reda dengan ketentuan takdir, pelantun lagu 'Janji Manismu' itu, walaupun tidak lagi menjawat peranan sebagai seorang isteri, kehidupan harus diteruskan seperti biasa. Pinta Aishah, 57, dia tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan perkara yang sudah menjadi sejarah dalam lipatan hidupnya. Katanya, apa yang berlaku, biarlah berlalu.

"Jodoh, ajal dan maut Allah SWT yang tentukan. Kita hanya hamba yang lemah. Saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan sebaik mungkin. Bahagiakan hidup bersama anak-anak dan keluarga, Insya-Allah. Banyakkan amalan dan ibadah dan pada pada masa sama, berkarya dalam muzik demi para peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan.



"Benda dah lepas. Saya tak nak orang fikir saya menjaja benda yang dah berlaku. Saya minta difahami dan orang ramai mengerti fasa yang sedang saya jalani. Kalau saya cerita lebih-lebih nanti, orang fikir saya yang melebih-lebih dan akhirnya, saya juga dipersalahkan. Apa pun, saya mendoakan yang baik-baik buat pihak sebelah sana dan saya mengharapkan perkara sama," ujarnya yang kini muncul dengan single terbaharu, 'Ketentuan Takdir'.

Kembali solo selepas lima tahun kembali melayari bahtera perkahwinan, Aishah memaklumkan, dua cahaya matanya daripada perkahwinan pertama, Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, merupakan sumber kekuatan hidupnya sekarang.

"Ini bukan perkara baharu buat saya (bercerai). Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi. Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: