16 February 2022

FILEM SERAM KOMEDI ‘HANTU MOK JOH’ GUNA DIALEK KELANTAN.



Sebuah filem seram komedi, Hantu Mok Joh akam mula ditayangkan pada 17 Februari 2021 di saluran Astro 480.

Filem terbitan pertama oleh produksi Kentang Hijau Universal Production ini menampilkan gabungan pelakon berbakat besar seperti Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aloy Paradoks, Aprena Manrose, Kodi Rasheed, Kuna Munzani, Hushairi Husain, Amir Raja Lawak dan influencer (pempengaruh) di media sosial, antaranya Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Bea Rameshan dan Asrulfaizal Kamaruzaman.


Menariknya, filem ini mempamerkan sisi berbeza Amerul Affendi dalam menggerakkan watak seorang anak Kelantan dan menari Mak Yong. Malah, sedikit klip lakonan Amerul turut mendapat pujian penonton meskipun filem masih belum ditayangkan.

Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui.

Penduduk kampung pula mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.

Jika anda peminat filem seram komedi, inilah masanya untuk anda menonton satu kelainan dalam filem tempatan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: